​7 JENIS PERSAHABATAN, HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT ::

1. TA’ARUFFAN

Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital,pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN

Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah,

satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN

Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN

Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN

Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN

Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita…Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT :

“Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah,

mereka senang hati…”

(Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa :

“Allahumma Ya Allah… selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi

tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan.”

7. HUBBAN LIMAANAN

Sebuah ikatan persahabat yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla,

saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana

Allah Ta’ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 – 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan

persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti

firman Allah SWT : 

“Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain

kecuali persahabatan kerana ketaqwaan”

(Surah Az-Zukhruf :67).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s